Friday 16 November 2012

KHASIAT PISANG

Scientific name : genus Musa


Pisang
Sebiji pisang membekalkan 35 % daripada keperluan vitamin B6 harian anda. Vitamin B6 yang juga dikenali sebagai piridoksina, penting untuk membantu badan menghasilkan sel baru yang sihat.

Pisang kaya dengan kalium iaitu zat galian yang membentuk sebahagian daripada fungsi saraf dan otot. Kalium mencegah kekejangan ketika bersukan. Itulah sebabnya anda kerap melihat atlet makan pisang ketika berehat.

Pisang juga sumber penting asid amino yang tidak boleh dikeluarkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mendapatkan asid amino daripada makanan. Asid amino adalah blok binaan untuk protein. Sebiji pisang membekalkan asid amino penting untuk tiga peratus protein harian.






No comments:

Post a Comment