Wednesday 17 July 2013

Promosi Terkini

pRoMoSi RaYa !!



PROMOSI RAYA!!...Dapatkan segera Set Penjagaan Produk Kecantikan MG II. 
Sempena Raya ini, SPA TRUE BEAUTY memberi diskaun sebanyak 50%.

Salam ramadhan 2013


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan buat semua pembaca blog SPA TRUE BEAUTY.. Sahabat-sahabat yang di sayangi semua, kenalan dan rakan taulan di mana sahaja anda semua berada.

Selamat menjalani Ibadah Puasa..
Semoga kedatangan bulan Ramadhan kali ini memberikan 1000 keberkatan kepada kita semua, agar kita sama-sama dapat menjalaninya dengan penuh kesabaran dan keinsafan.

Di kesempatan bulan yang mulia ini, SPA TRUE BEAUTY dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf andai selama ini, ada antara kita yang terguris perasaan atau ada hati yang terluka dengan sebarang perbuatan, tingkah laku, atau kata-kata yang mungkin telah mengguris hati mana-mana pihak. Sebagai manusia yang lemah kami akur dengan segala kekurangan dan kelemahan diri. Oleh itu kami berharap agar kita buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih agar silaturrahim yang terbina antara kita semua terus mekar dan mewangi.

Jalani ibadah puasa kali ini dengan penuh keinsafan dan penuh sabar.

Salam ukhwah buat semua ye...

admin@madaniah.com
<yanz 019-5031624)>

Friday 14 June 2013



Antara kebaikan Facial :


  • mencantikkan kulit untuk lebih gebu
  • menaikkan aura seri wajah
  • menutup liang-liang roma
  • mengurangkan kesan parut-parut jerawat
  • mengurangkan pigmentasi dan jeragat
  • memberi kesan awet muda


Tujuan Facial adalah membersih bintik2 hitam&bintik2 putih serta kotoran yg t'perangkap di pori2 kulit wajah.

Namun, jika k'bersihan tidak dilakukan secara optimal ,alat yg digunakan tidak bersih dan rawatan lanjut tidak dilakukan (dirawat dirumah),jerawat mgkin akn datang lagi.

Yg sering terjadi adalah,ketika bintik putih dikeluarkan,maka pori jd terbuka lebar.
Bila luka yg ditimbulkan akibat jarum semasa tgh facial dan tidak dirawat dgn tepat,maka akn terjadilah iritasi(kulit terasa pedih dan memerah)dan akn menimbulkan jerawat.

Sebaiknya lakukan facial setiap 2 minggu sekali atau 1 bln sekali ..dan selepas facial jgn biarkan wajah terkena air selama lebih kurang 2 jam..

Penjagaan harian rawatan dirumah adalah penting,uolss perlukan:

-Pencuci Make up (Remover)
-Pencuci wajah
-Toner
-Scrub
-Serum(ada bnyk jenis,elok jika ada koleksi sendiri di rumah)
-Masker( bnyk jenis,beli dan simpan stok,jika ada masa/free blh buat sendiri dirumah)
-Krim siang
-krim malam
-Krim rawatan/Sunblock/sun protection/BB Cream 

cuba lihat uolss ada ke tak semua yg diats

..kalau xder uolss fikirlah jika uolss tak jaga dr skrng akn dtng JERAGAT nnt penuh dimuka.. dan budget utk skincare uolss akn jadi 2 x ganda..

Jadi sesiapa yg malas nk buat rawatan wajah di rumah..
jom facial di True Beauty Series Spa.. Gerenti puas hati 

Call us for Appointment
HOTLINE 019-5031624 ( Puan Yanz)

Our location
True Beauty Series Spa,NO 19, LOT88 JLN PERDANA HEIGHT,
2/1 PERDANA HEIGHT,08000 SG.PETANI , KEDAH.

Wednesday 12 June 2013

Petua Hilangkan Jerawat






Mengapa ramai yang mengalami masalah jerawat yang sukar sembuh? Pertama masalah berpunca daripada hormon, kedua darah dan ketiga masalah hati. 

Jerawat bukan sahaja masalah remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.



Punca jerawat


# Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca  utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.

# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.

# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.


# Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


# Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.


# Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.



Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.


# Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.

# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.


# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.


# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.


# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. 



# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.


# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.


# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.


# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".


# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.


# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.


# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.



Rawatan Untuk Jerawat.


Liang yang tersumbat harus dibuka.

Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.



Mengurangkan jangkitan bakteria.


Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.


Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang 
biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.


Saturday 8 June 2013












Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau, mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.







Garam Mandian Sakinah Beraroma .....




Apa Itu Aura?


Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.


Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.
Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.


Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya. 

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.


Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.

Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura

Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan keuntungan material.


Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.

Sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan masing-masing. 


Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya. 

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

Putih jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.
Pink/Merah Jambu jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.
Biru jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.
Merah warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.
Penyucian, pembersihan, penyusunan dan pembentukan aura menurut keseimbangannya boleh dilakukan dengan Hidroterapi Ais, menggunakan Garam Mandian Sakinah Beraroma juga boleh membantu. Selain itu sentiasalah hening, tenang, sabar, syukur dan ikhlas di dalam rahsia berwudhuk dan mandi supaya tubuh mewujudkan aura dalam imej yang semula jadi.

Tuesday 4 June 2013


Selamat Datang ke True Beauty Series Spa 



Kami mengalu-alukankan u olls untuk datang try buat rawatan kat sini. Not only tempat yang convinience, senang nak pi , nak parking tapi rawatan yang diberikan amatlah berbaloi dengan harga yang uolss bayar. Senarai harga n service yg kami bagi memang sangat sangat murah u olls.

 Affordable sangat.
So here are the price, u olls boleh tengok kat sini...











 











True Beauty Series Spa





for MUSLIMAH ONLY...

Menawarkan Facial n Body Treatment utk uolss yg suka memanjakan diri di Spa..
Jom datang ke True Beauty Series Spa utk mendapatkan rawatan dan servis yg terbaik dari beautician therapist kami yg berpengalaman..gerenti puas hati ...

kami mengalu-alukankan u olls untuk datang try buat rawatan kat sini. Not only tempat yang convinience, senang nak pi , nak parking tapi rawatan yang diberikan amatlah berbaloi dengan harga yang uolss bayar. Senarai harga n service yg kami bagi memang sangat sangat murah u olls. Affordable sangat.

Call for Appointment: Puan Yanz (019-5031624)
Location:LOT88 bersebelahan DYNAS nasi kandar sungai petani..

Rawatan Resdung & Facial Resdung di True Beauty Series Spa.

Jom dptkan segera perkhidmatan rawatan Resdung & Facial Resdung di True Beauty Series Spa.. sure u will love it !  MURAH JERR 

Rawatan Resdung RM35.00 #skrng offer RM20.00 
Facial Resdung RM69.00 


Gejala2 Resdung:
-Hidung, mata, telinga sering gatal
-Sering sakit tekak
-Migrain
-Nafas berbau
-Resdung adalah 'pintu' kemasukan kuman-kuman.
-Pesakit resdung akan kerap bersin pada waktu pagi.
-Pesakit resdung amat alah kepada makanan 'seafood'
-Pesakit resdung alah kepada habuk dan debu di sekelilingnya dan akan memyebabkan dia kerap bersin.
-Resdung adalah hama yang menyebabkan kegatalan pada muka, hidung dan akan kerap batuk
-Kuman resdung akan melekat di permukaan kulit dan membuat sarang lendir
Lama kelamaan lendir akan menjadi cecair yang berbau busuk.
-Kulit yang dihinggapi kuman resdung akan berjerawat.
-Antibodi badan pesakit resdung akan menjadi lemah
-Kuman-kuman lain akan mudah hinggap dan memberi risiko kepada banyak penyakit lain.
-Kuman resdung boleh merebak ke mata dan memberi risiko kehilangan deria penglihatan.
-Kuman resdung juga boleh merebak menghinggapi otak dan berisiko kepada KEMATIAN!!!

Dapatkan perkhidmatan rawatan resdung di True Beauty Series Spa...

Call us for Appointment
HOTLINE 012-4927629 OR 012-4606066

Our location:
True Beauty Series Spa,NO 19, LOT88 JLN PERDANA HEIGHT,
2/1 PERDANA HEIGHT,08000 SG.PETANI , KEDAH.

Business Hour : 9.30am - 7.00pm

Close : Tuesday

Jun Promotion

Atas permintaan ramai, sekali lagi True Beauty Series Spa membuat promosi dengan hanya RM49.00. (Single Pakej)

Kepada uolls yang belum lagi mendapatkan perkhidmatan di spa ini, boleh kunjungi segera. Promosi ini sah sehingga hujung Jun ini.



Jom spa n facial di True Beauty Series.. dapatkan harga promosi hanya (RM49.00) skrang.. 


Essencial Facial- Normal Price (RM69) 
Body Scrub - Normal Price (RM69)
Slimming- Normal Price (RM69)





Diskaun menarik 50%..

Promosi untuk bulan JUN... Produk kecantikan MGII

Untuk maklumat lanjut sila dapatkan info mengenai MGIIhttp://truebeautyseriesspa.blogspot.com/2012/11/set-penjagaan-wajah-mg-ii-uniscience.html

MG II merupakan penyelesai kepada pelbagai masalah kulit.
Jika anda mengalami kulit BERJERAWAT, JERAGAT, BERMINYAK, KUSAM, KEDUT, GELAP, dll
sila dapatkan segera SET PENJAGAAN WAJAH MG II ini..di True Beauty Series Spa

Setiap SET PENJAGAAN WAJAH MG II mempunyai 3 item iaitu:
1. Face Cleanser Stemcell
2. Face Serum Biotox
3. BB Cream

✔Telah disuntik Aura Seri Wajah dgn Bacaan suci Al-Quran dari surah2 yg terpilih..
✔ Mencerahkan, Melicin, Menggebu, Menegangkan & Mencantikkan kulit wajah
✔ Mencerah, menyamaratakan tona kulit
✔ Bertindak sebagai agen antipenuaan+StemCell
✔ Menghapuskan masalah kulit kusam dan jerawat
✔ Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata
✔ Dan pelbagai lagi kebaikan utk kecantikan&kesihatan kulit wajah..
✔ 100% Halal

Sunday 21 April 2013

Jom spa n facial di True Beauty Series yg berkonsepkan Modern Muslimah Studio Spa n slimming beauty care health..

Jom spa n facial di True Beauty Series yg berkonsepkan Modern Muslimah Studio Spa n slimming beauty care health.. 



# Berita baik utk Muslimah especially warga Sg.Petani..
Ingin Cantik?Nak kulit halus, mulus & gebu... rajin2lah ke spa..Ramai wanita Muslimah yg tringin nk ke spa tp xder budget..tp di True Beauty Series Spa kami akan pastikan anda mampu utk ke spa dgn hnya dariRm 29.00++ dan kami jgk ader pakej budget..
jadi kwn2 Muslimah tiada lg alasan utk tidak ke spa...Kecantikan sebenarnya perlu dijaga dan dipelihara sejak remaja lagi. Wajah adalah aset utama setiap wanita baik remaja hinggalah yang berusia.
Dari Wajah turun ke hati itulah lumrah kehidupan dalam dunia realiti.Walau pun realitinya hanya wnita peringkat umur 30 an keatas sahaja yang lebih cenderung untuk memikirkan soal keremajaan kulit namun kini Remaja hingga lah berusia sudah mula menjaga dan menitik beratkan kesuburan dan keanjalan kulit yang bersih tegang dan cantik... 
Jadi jom spa n facial cpt2 ajak n share dengan kawan2, sedara mara, jiran2 dan rakan sekerja...Sharing is Caring... 
Our location:True Beauty Series Spa,NO 19, Lot88JLN PERDANA HEIGHT 2/1PERDANA HEIGHT,08000SG.PETANI , KEDAH.


Call us for Appointment HOTLINE 012-4927629 OR 012-4606066
Business Hour : 9.30am - 7.00pm
Close : Tuesday






Friday 19 April 2013

Rahsia wajah ceria



Anda ingin kelihatan ceria? senang sajee...jom ikuti rahsia ini :)


1.cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu.

2.biarkan menitis dan jangan keringkan. (biar air tersebut kering sendiri)

3.n then ambil sejadah, solat, berzikir dan berdoa.

4.untuk menghilangkan strees, perbanyakkan solat. ( solat juga adalah salah satu cara untuk bersenam, kerana semasa solat kita telah mengerakkan seluruh tubuh. Dengan cara-cara ini secara tidak langsung akan mendekatkan diri kita dengan Allah swt.)

5.untuk pelembab agar awet muda, gunakan lah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. (Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah

6.sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku,maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- Doa melihat cermin.)

7.untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah swt, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

8.bukan wajah sahaja perlu dijaga tetapi tubuh juga. Jika mahukan tubuh langsing, perlulah diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, bolehlah berpuasa mengikut cara Nabi Daud AS as selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.